Buku - Kawal Berat Badan

Buku - Kawal Berat Badan
Satu-satunya buku dalam Bahasa Melayu menggariskan punca pertambahan berat badan dan kaedah-kaedah penyelesaian dari sudut nutrisi holistik. Ditulis oleh seorang herbalis profesional

Weblog Utama Herbalis Bahrain, RH (AHG)


Thursday, October 23, 2008

GEMUK, OBES, OBESITI, KURUSKAN BADAN

Share
Anda obes? Anda mengalami perut dan peha menggeleber. Anda kira kalori seperti disarankan pakar dietetik atau pemakanan tetapi tidak berhasil.

Anda praktikkan Atkin Diet tetapi tidak berhasil. Anda makan sayur dan mengubah selera sepenuhnya jadi vegetarian tetapi tidak berhasil.

Anda berpuasa dan kawal jenis makanan yang anda ambil tetapi tidak berhasil. Orang kata buku Dr James Adamo bagus kerana beliau ajar untuk ambil makanan yang sesuai dengan jenis darah. Pun tidak berhasil.

Ada punca-punca lain mengapa anda gemuk atau obes yang anda tidak ketahui lagi. Atau selama ini anda pernah atau dengar tetapi anda tidak endahkan.

Untuk mengetahuinya sila dapatkan buku KAWAL BERAT BADAN terbitan ALAF 21 yang berada dipasaran.

Ia adalah buku pertama di Malaysia yang ditulis bukan secara ikutan-ikutan. Di dalamnya anda akan dapati pelbagai tips atau petua yang jarang-jarang anda dengar.

Sesetengahnya aspek yang dibincangkan agak ‘songsang’ dengan yang dianuti oleh mereka yang memahami ilmu pemakanan aliran perdana tetapi itulah hakikat yang sebenarnya berlaku.

Ia ditulis oleh Hebalis Bahrain, RH (AHG) seorang herbalis atau pakar herba yang diiktiraf sebagai herbalis profesional diperingkat antarabangsa. Sila ketik My Profile untuk mengetahui latar belakang pendidikan dan kelayakan beliau.

Untuk mengetahui lebih lanjut jangan tunggu lama-lama. Kunjungi kedai buku terdekat dan dapatkan senaskah buku KAWAL BERAT BADAN terbitan ALAF 21 hari ini.

Ia sesuai dimiliki oleh semua golongan pendidikan dan umur. Ia juga perlu dimiliki oleh setiap keluarga sebagai buku rujukan.

Jangan ketinggalan. Keputusan di tangan anda.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)
BUKU KAWAL BERAT BADAN
www.kawalberatbadan.blogspot.com

Saturday, October 11, 2008

KANDUNGAN - BUKU KAWAL BERAT BADAN

Share

Buku KAWAL BERAT BADAN tulisan herbalis Bahrain, RH (AHG) sesuai dibaca, dicerna dan diamalkan isinya oleh mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obes. Ia juga sesuai untuk semua jenis berat badan dan golongan umur.

Sila baca sinopsis dengan mengketik: Kawal Berat Badan. Sinopsis yang dipaparkan dalam laman ALAF 21 adalah seperti berikut:

Sinopsis : KAWAL BERAT BADAN

Masalah berat badan dan obesiti semakin menjadi-jadi di negara kita. Punca setiap individu menjadi obes berbeza-beza. Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk gaya hidup yang melibatkan pemakanan, stres, keseimbangan metabolisme, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh serta hasil tindak balas tubuh terhadap makanan yang dimakan.

Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik yang kelihatan. Ia adalah ancaman kepada kesihatan dan umur anda. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Fakta-fakta menarik berkaitan masalah berat badan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab tersendiri. Langkah-langkah mudah mengawal berat badan juga dijelaskan sebagai panduan berguna untuk anda.

Selain mengandungi pengetahuan yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan, pengalaman pengetahuan dalam buku ini juga boleh membantu anda melambatkan proses penuaan. Semoga anda menjadi insan yang sihat, tegap, kuat, ceria dan cemerlang.

Harga : RM 10.00
Halaman :199

ISBN : 978-983-124-319-0


Imbasan mengenai isi buku yang diterbitkan oleh ALAF 21 ini boleh didapati dengan menyemak kandungannya seperti yang dipaparkan di bawah.

Berikut ialah kandungan buku MENGAWAL BERAT BADAN terdiri dari bab-bab utama (huruf-huruf besar) dan judul-judul sub-bab (huruf-huruf kecil).

KANDUNGAN

Prakata

1. OBESITI
--Berlebihan Berat Badan
--Definisi
--Punca
--Keturunan
--Pelbagai Faktor
--Kanak-kanak dan Obesiti
--Dua keadaan

2. TINDAKBALAS MAKANAN
--Pengenalan
--Tindakbalas makanan
--Tindakbalas makanan diperlambatkan
--Tindakbalas terhadap sel secara terus
--Tindakalas antigen-antibodi tergabung

3. BERTAMBAH BERAT BADAN – AIR SEBAGAI PUNCA?
--Pengenalan
--Minum kopi
--Karbohidrat
--Kurang minum air
--Cadangan
4. NUTRIEN DAN GEMUK AIR
--Pengenalan
--Tanda-tanda air bertakung
--Nutrien penyebab gemuk air
--Berlebihan gula
--Kekurangan lemak
--Keadaan buah pinggang
--Pembentukan gemuk air – tindakbalas biokimia
>Bendalir mengelilingi partikel makanan
>Perembisan hormon punca penyimpanan bendalir
> Membran usus memengkak
>Kapilari darah bocor
>Penghasilan gas

5. RISIKO PENYEBAB TINDAKBALAS MAKANAN
--Pengenalan
--RISIKO 1 – Anda tertumpu kepada makanan-makanan dari jenis tertentu
--RISIKO 2 – Anda terlalu banyak makan makanan tiruan
--RISIKO 3 – Anda mengalami kekurangan enzim digestif
--RISIKO 4 – Anda makan makanan terproses secara keterlaluan
--RISIKO 5- Anda sendiri mencipta masalah usus
--RISIKO 6 – Anda makan terlalu banyak pada satu-satu masa
--RISIKO 7- Anda mengalami stress yang teruk
--RISIKO 8 – Anda tidak mengunyah makanan dengan sempurna
--RISIKO 9 – Anda minum terlampau banyak air pada waktu makan
--RISIKO 10 – Anda makan makanan yang tidak sesuai dengan metabolisme
--RISIKO11 – Anda menggabungkan terlalu banyak faktor risiko yang disebutkan
Kesimpulan

6. KETAGIHAN MAKANAN
--Pengenalan
--Rasa Kenyang
--Hormon-hormon adrenal
--Berkurangnya paras gula
--Berkurangnya paras neurotransmitter serotonin

7. BAGAIMANA TINDAKBALAS MAKANAN MENGGANGGU METABOLISME
--Pengenalan
--Insulin
--Cortisol
--Eicosanoids
--Hypoglycemia
--Tindakbalas makanan dan masalah kesihatan
8. WANITA, TINDAKBALAS MAKANAN DAN HORMON

9. PMS DAN CANDIDA
--Pengenalan
--Terapi Candida – Faktor-faktor Pemakanan dan Metabolik
10. MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)
--Pengenalan
--Kesan-kesan MSG

11. KESAN PENGAMBILAN GULA DAN KARBOHIDRAT TERPROSES
--Pengenalan
--Peranan Insulin dan Pelepasan Glukos
--Hypoglycemia
--Kesan-kesan Gula Berlebihan

12. PELBAGAI GULA & PEMANIS
--Pemanis tiruan
--Gula rendah kalori
--Aspartame
--Pemanis-pemanis tiruan lain
--Alternatif gula pasir, pemanis tiruan dan gula alcohol
13. KOPI, TEH, ALKOHOL dan ROKOK – KESAN TERHADAP BERAT BADAN
--Pengenalan
--Bagaimana kopi memberi kesan kepada anda?
--Sumber stimulan atau perangsang yang lain
--Jika tidak ketagih
--Kurangkan dan berhenti perlahan-lahan
--Mencuci hati, bantu proses detoksifikasi
--Formula berhenti merokok
--Garam gunung Himalaya

14. LEMAK-LEMAK YANG SIHAT
--Paradigma
--Lemak-lemak yang menyihatkan
>Minyak dan santan kelapa
>Minyak sapi
>Itik angsa dan itik
>Minyak zaitun
>Sayuran hijau
>Telur dan hati
>Lepa susu
>Daging lembu dan kambing
>Susu segar

15. METABOLISME LEMAK DALAM TUBUH
--Pengenalan
--MCFAs – Tenaga dan metabolisme

17. HORMON LEPTIN
--Pengenalan
--Prinsip anti-kebuluran bawah sedar
--Tenaga yang seimbang
--Fungsi leptin apabila berdiet
--Fungsi leptin apabila makanan wujud
--Leptin dalam individu berlebihan berat badan atau obes

18. PENGURANGAN BERAT BADAN – KAITAN DENGAN LEPTIN

19. PENENTANGAN TERHADAP (KEKEBALAN) LEPTIN
--Makan terlalu sedikit bagi mencapai berat badan optima
--Makan terlalu sedikit untuk kuruskan badan
--Hormon ghrelin – perut menjerit perlukan makanan
--Apa itu hormon ghrelin?
--Isu psikologi atau ketidakseimbangan hormon?
--Ghrelin, insulin dan leptin
--Ghrelin dalam individu berat badan berlebihan dan obes

20. BERAPA KILOGRAM ANDA PERLU KURANGKAN UNTUK KURUS
--Pengenalan
--Berat ideal
--Berat badan ketika menopos
21. MENGENAL PASTI KATEGORI METABOLISME
--Pengenalan
--Pemakanan mengikut jenis metabolic
--Penjelasan
--Sains melibatkan nutrisi terubah suai
--Uji secara bijak
--Penyakit atau keadaan kesihatan
--Usia
--Gaya Hidup
--Kategori pemakanan yang sesuai
--Nutrisi untuk pemakan daging
--Magnesium mengimbangi Kalsium
--Garam asli sebagai penstabil galian makro dan mikro dalam tubuh
--Makanan-makanan untuk Parasimpatetik dan Pengoksidiser pantas
--Nutrisi untuk pemakan bijiran dan sayuran
-- Makanan-makanan untuk Simpatetik dan Pengoksidiser perlahan
--Suplemen

22. MENGENAL PASTI MAKANAN REAKTIF
--Pengenalan
--Ujian untuk denyutan nadi
--menghindarkan makanan reaktif selama 14 hari
--Ujian mengenal pasti makanan reaktif
--Ujian ELISA
--Kaedah kinesiologi

23. SUPLEMEN UNTUK MENGURUSKAN BADAN
--Pengenalan
--Herba laksatif
--Cirit-birit dan usus bocor
--Badan cantik tetapi tidak sihat
--Suplemen yang boleh membantu anda
--Herba-herba anti-tindak balas makanan
--Wanita-wanita Thai berbadan langsing dan berkulit cantik
--Nutrien sokongan diambil untuk menguatkan metabolisme dan membakar lemak
--Minyak kelapa

24. NUTRIEN-NUTRIEN PENTING YANG BOLEH MEMBANTU KURUSKAN BADAN
--Pengenalan
--Kalsium
--Tonik santan kelapa
--Vitamin A
--Vitamin D
--Minyak yang paling baik membantu mengurangkan berat badan
--Salah anggap terhadap minyak kelapa, minyak atau lemak lain

25. FAKTOR-FAKTOR TAMBAHAN MEMPENGARUHI PENURUNAN BERAT BADAN
--Pengenalan
--Ketidakseimbangan hormon
--Herba-herba yang boleh membantu wanita
--Herba-herba yang boleh membantu lelaki
--Kekebalan insulin
--Stres
--Stres dan Insulin
--Kepekaan insulin dan senaman
--Seimbangkan gula darah
--Glukos sebagai bahan baker
--Indeks glaisemik makanan biasa
--Beras basmathi
--Gula yang mempengaruhi metabolisme
--Cara mengambil gula
--Pening kepala, menggigil, lesu
--Pengambilan gula
--Lemak yang dimaksudkan
--GI dan GL

26. GULA, LEMAK, DAN PEMAKANAN ZAMAN MODEN
--Pengenalan
--Nasi putih
--Makan secara berlebihan lagi
--Masalah daripada kita juga
--Nasi lemak ayam
--Malaysia akan jadi seperti Amerika Syarikat

27. MELAMBATKAN PELEPASAN GLUKOS
--Makan lemak
--Fiber
--Lemak

28. PARAS GULA DARAH DAN KEMURUNGAN
--Pengenalan
--Lemak memperlahankan pelepasan gula
--Lemak membantu menyeimbangkan paras gula darah
--Serat juga membantu merendahkan GL
--Lemak membantu meredakan hypoglycemia, kemurungan dan mood turun naik
--Minyak ikan
--Lemak paling baik dalam membantu menurunkan berat badan
--Lemak tidak tepu
--Lemak-lemak lain untuk kurus
--DHA dan minyak ikan

29. PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN TRADISIONAL YANG SIHAT

30. RINGKASAN – LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN

GLOSARI

Taglines: Kegemukan, Gemuk, Obes, Obesity, Obesiti, Kurus, Kuruskan badan, Gaya hidup, Nutrisi, Pemakanan, Kesihatan holistik, Lemak, Lifestyle, Atkin Diet, Adamo, Lemak trans


Herbalis Bahrain, RH (AHG)
http://www.kawalberatbadan.blogspot.com/


Wednesday, March 5, 2008

Kawal Berat Badan

Share
KAWAL BERAT BADAN

Mengalami berat badan berlebihan ialah sejenis wabak baru kepada kebanyakan negara-negara maju. Di Amerika Syarikat, 2/3 rakyatnya mengalami berlebihan berat badan dan separuh dari jumlah tersebut mengalami obesiti.

Wabak ini sedang berlaku di Malaysia. Pelbagai faktor didapati menyumbang kepada obesiti. Antara punca utama ialah gaya hidup termasuk sikap dan pemakanan yang mengakibatkan ketidakseimbangan metabolisma.

Buku ini unik. Biasanya buku-buku yang ditulis dalam tema ini memfokus kepada kategori nutrisi dan jumlah setiap jenis yang perlu diambil oleh mereka yang mengalami obesiti. Dalam buku ini ia mendedahkan berkenaan tindakbalas atau sensitivi makanan sebagai salah satu punca yang jarang diperhatikan.

Fokus yang paling utama dalam buku ini ialah mencadangkan mengambil makanan menurut metabolisma seseorang. Ia dibincangkan secara terperinci untuk memudahkan pembaca mencerna cadangan yang dibincangkan.

Buku ini yang ditulis oleh herbalis profesional bertaraf dunia, Bahrain RH (AHG) adalah buku pertama di Malaysia disusun khas membincangkan punca-punca obesiti dan langkah-langkah menurunkannya dari perspektif nutrisi holistik. Ia melibatkan bidang-bidang nutrisi, herbalisme dan biokimia.

Antara lain, buku ini membincangkan:

☺ Tindakbalas makanan dan Gemuk Air
☺ Hati dan Kepentingannya untuk Kesihatan
☺ Berkenalan dengan hormon-hormon Leptin dan Ghrelin
☺ Lemak-Lemak yang Baik untuk Kesihatan
☺ Mengawal Berat Badan dengan kaedah Metabolisma
☺ Kaedah Menggunakan Lemak untuk Menguruskan Badan
☺ Karbohidrat Terproses, gula, kopi dan kaitannya dengan obesiti
☺ Fruktos lebih Bahaya dari Sukros
☺ Makanan-makanan yang membantu merendahkan indeks glisemik
☺ Prinsip bagaimana anda boleh menguruskan Badan
☺ Meredakan Kemurungan, Keresahan dengan Mengambil Lemak

Diterbitkan oleh ALAF 21

Bahrain, RH (AHG)
http://www.kawalberatbadan.blogspot.com/